Aktiviti Hiking Gunung Semanggol.
9 April 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet 1 Malaysia (PI) telah menyertai satu aktiviti mendaki Gunung Semanggol yang diadakan pada 8 April 2018. Aktiviti ini adalah anjuran pihak JKKK Semanggol yang bekerjasama dengan KOSPEN seta Klinik Kesihatan Gunung Semanggol. Seramai 54 orang peserta telah menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat asas pendakian pada pukul 7.00 pagi. Selepas selesai mendaki , program diteruskan dengan sesi taklimat kesihatan serta penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: